Hadirkan Diri ke

Thursday, May 22, 2014

Rahsia Saya Turunkan Berat Badan 24kg dalam Masa 2 Bulan Setengah.

Assalamualaikum...

Apa khabar Jumaat yang barakah ini, kepada yang pm, massage dan komen bertanyakan apa rahsia saya kuruss, meh sini saya ceritakan.



Sebelum itu boleh saya cerita sedikit tentang latar belakang saya, tak kenal maka tak cinta kann... Sebenarnya kuruss dan gemuk ni daa macam mainan hidup saya, dulu masa remaja saya memang gemuk berat dalam 80-90kg. Rasa rendah diri dan benci nak tengok cermin, aduhai ku nampak lembu gajah badak bagai dalm cermin tuu, lemak mengelebeh.

Setelah itu saya bertekad untuk kurus dan berjaya menurunkan berat badan 50-55kg dan pernah mencecah 44kg. Tahu takk ... masa tuu baru ku tahu Nikmatnya rasa kurus, best giler, nampak lebih cantik dari badak ha ha, lebih berkeyakinan diri dan part paling best..macam2 baju boleh pakai tanpa risau nampak lemak tersembul sembul.

Kemudiannya saya menyambung pelajaran di pengajian tinggi dalam bidang dietetik (pemakanan) untuk memahami lebih lanjut berkenaan pengurusan berat badan di samping ilmu ilmu lain.Setelah itu melibatkan diri dalam arena sukan dan menjadi sport dietitian certified by SDA (sport Dietitian australia).

Sambung cerita lagi... bila saya mengandung, saya risau jika saya makan tidak mencukupi akan menjejaskan kesihatan anak dan menyebabkan kecacatan. Jadinya saya memang makan banyak dan gemuk semula. Setiap kali mengandung berat saya akan naik secara purata 24kg. Saya tiap tiap tahun beranak...subur sangat laa kan he he. So bayangkan berapa banyak lemak terkumpul

Setelah melahirkan anak yang ke 3 saya betul betul bertekad untuk kurus, dan saya berjaya turunkan berat sekitar 24kg dalam tempoh 2 bulan setengah. Apa yang saya lakukan adalah seperti berikut.


  • Diet 1200 kalori. Saya sangat berdisiplin dalam menjaga pengambilan kalori. 

  • Amalkan Very Low Fat dan High Fiber Diet, saya hanya ambil ikan rebus, ikan bakar atau sup ikan bersama dengan setengah mangkuk sayur dan sesenduk nasi 2x sehari. Kadang kadang sekali sahaja saya makan nasi, malam gantikan dengan oat.

  • Saya makan 6-8 kali sehari, small and frequent untuk maintain metabolisma badan yang tinggi, selalunya saya ambil 1-2 keping biskut high fiber atau biskut oat bersama nescafe o atau kopi o atau tea o yang kurang manis atau just minum air kosong.

  • Saya turut melakukan detoxs 2-3x seminggu, untuk melawaskan pembuangan dan mengeluarkan "water retention". Untuk detoxs saya hasilkan sendiri tea dari dedaun herba. Selalunya peserta program weight loss seliaan saya akan turut membuat detoxification, bagi melancarkan proses penurunan berat badan. 

FB: DIET Sihat dan SUSU Ibu
  • Saya bersenam 4-5x seminggu, dengan membakar 500-600 kalori. Adakalanya saya senaman 2x sehari pagi dan petang. Saya membahagikan sesi senaman saya seperti berikut: 
    1. 10 minit pemanasan badan
    2. 30 minit aerobik
    3. 10 minit latihan bebanan
    4. 5-10 minit cooling down
  • Ada hari kita menipu diri sendiri kan..ha ha I mean Cheat your Diet!! So those extra kalori tidak boleh dibiarkan, kita mesti bertangungjawap, untuk itu saya standby lecithin jika makanan berlemak, lecithin membantu buangkan lemak. (sila baca entry ini: Lecithin)  Selain itu lebihkan aktiviti fizikal, untuk membakar those extra kalori.

  • Selain itu, untuk memastikan metabolisma badan tinggi saya mengamalkan Omega . Kajian saintifik mendapati tikus yang mengambil omega lebih kurus berbanding tikus biasa walaupun mereka diberi makanan yang sama. (sila baca entry ini: Omega)

  • Air kosong jangan dilupakan, amat membantu dalam menurunkan berat badan. Minum 3 Liter sehari. Sebelum makan minum segelas air kosong. Sentiasa bawa botol air bila senaman. jangan bawa sahaja, minum tau.

  • Matlamat saya adalah jelas iaitu saya ingin menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam tempoh 3 bulan. Saya akan lakukan sedaya mungkin, saya tak kesah makan tak sedap kerana saya tahu selepas berat badan turun saya bukan sahaja memiliki berat badan yang ideal malah saya boleh makan sedap tanpa risau lagi. tapi jangan melebih lebih sangat, gemuk semula nanti he he.

Itu lah rahsia saya kurus. Saya tahu semua orang mampu kurus, hanya usaha yang membezakan mereka. i wish you all Good Luck !! nantikan entry seterusnya yaa, semoga bermanfaat untuk kita semua.

Untuk Dapatkan Detoxs Tea ini hubungi 019-9821809 atau 

4 comments:

  1. Thanks for sharing kak, luv u...

    ReplyDelete
  2. Wow... bersemangat saya nak kurus bila bacani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus laa istiqamah tuu penting...daa tak lama nak Ramadhan, ambil kesempatan keemasan ini.

      Delete

Share This