Hadirkan Diri ke

Friday, March 7, 2014

Malaysia the Fattest Country in SE Asia

Assalamualaikum, Selamat tengahari... sudahkah anda makan tengahari? Alhamdulillah syukur masih dimurahkan rezeki hari ini, namun janganlah makan berlebihan. Hampir semua penyakit berbahaya atau Non-Communicable Diseases berpunca daripada perut kita. Untuk makluman rakyat Malaysia dalam risiko bahaya, kerana rata rata penduduknya gemuk dan obes. Berikut adalah berita The Star:


Malaysia merupakan negara Gemuk no.1 di South East Asia, dan no. 6 di Asia. Dan tiada siapa pun berbangga memegang rekod ini. Ini bermaksud orang orang dalam rumah kita, saudara mara kita, mak ayah kita dan mungkin juga diri kita sendiri sangat brisiko tinggi untuk mendapat komplikasi penyakit Gemuk dan obes ini seperti diabetis, darah tinggi, stroke dan penyakit jantung.

Bagaimana dengan ANDA?..normal, gemuk, Obes? Jika anda gemuk atau Obes bertindak sekarang...lakukan sesuatu, turunkan berat, belajar hidup sihat, makan dengan sihat mulai hari ini. Jika anda ada mak ayah yg sedang meningkat tua atau punya anak anak yg belum boleh berdikari sendiri...cuba lah turunkan berat badan untuk mereka yg tersayang, anda mungkin stroke esok lusa, sakit jantung bila bila masa akibat Obesiti. Bagaimana mereka nanti, ini mungkin memusnahkan masa depan mereka. Utk hidup secara sihat tidak susah, cuma kita sering memberi alasan untuk membolehkan kita terus hidup dengan budaya tidak sihat. 

No comments:

Post a Comment

Share This