Bila kita bersenam ada 3 fasa kan. 1) Pemanasan Badan 2) aerobik & latihan bebanan 3) Penyejukkan badan atau dalam bahasa inggerisnya Cooling Down.
Fasa cooling down dilakukan di akhir senaman. Aktiviti senaman tidak
boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko
kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti
proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan
biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat.
Jika senaman dihentikan serta merta, darah akan terperangkap
dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood
pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan
kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot.
Kepentingan fasa menyejukkan badan
a) Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
b) Menjajar semula otot-otot.
c) Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
d) Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
e) Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
f) Mententeram atau merelakskan anda.
Berikut adalah contoh contoh melakukan cooling down, biasanya ia di mulakan dari bawah tubuh ke atas.
No comments:
Post a Comment