Intermittent Fasting (IF) adalah diet yang mempunyai kitaran
tempoh berpuasa dan tidak berpuasa. Ada
yang melakukannya selang sehari, ada yang berpuasa selama 8-12 jam sehari.
Objektif utama intermittent fasting adalah untuk mengurangkan pengambilan
kalori untuk menurunkan berat badan.
Beberapa kajian mendapati Intermittent Fasting memberi kesan
yang baik kepada kesihatan dan memanjangkan jangka hayat hidup manusia. Namun
jika focus utama kita adalah untuk menurunkan berat badan, bergantung kepada
intermittent fasting sahaja mengambil masa yang lama.
Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan, intermittent
fasting (berpuasa selang sehari) mengurangkan 2.5% +5 berat badan dalam
tempoh 22 hari dalam lain perkataan menurunkan berat badan 2 kg sebulan. Cadangan
saya jika anda ingin kurus, kurangkan berat badan sekurang kurangnya 1kg seminggu atau 4kg sebulan.
Oleh itu jika anda ingin menurunkan berat badan terdapat banyak cara yang berkesan, salah satunya dengan kombinasi ini :
Diet + Senaman+ Intermittent fasting
Jika anda beragama Islam, afdhal sekiranya anda mengamalkan
puasa setiap hari Isnin dan khamis. Anda bukan sahaja menurunkan berat badan, malah mendapat pahala dan keberkatan disisi agama islam.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi)
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah
ditanyakan kepada Rasullullah SAW tentang puasa pada hari Isnin, maka
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya
aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya
Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
No comments:
Post a Comment