Sebelum memulakan senaman yang
lebih agresif anda perlu memanaskan badan terlebih dahulu. Ini bagi
mengurangkan risiko kecederaan semasa senaman dan meningkatkan kelenturan badan.
Aktiviti ini harus dilakukan dalam tempoh 10-15 minit di awal senaman. Antara
faedah lain melakukan pemanasan badan adalah seperti berikut.
a) Meningkatkan suhu badan:
Apabila suhu badan meningkat,
otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur
apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.
b) Meningkatkan pengaliran
darah ke otot-otot:
Ini akan menambah bekalan darah
ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan
untuk menghasilkan tenaga.
c) Meningkatkan pengaliran
darah ke jantung
d) Menambahbaiki proses
pengecutan otot:
Otot yang panas adalah lebih
anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.
e) Merangsang transmisi atau
pengaliran saraf:
Ini akan
menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu
AKTIVITI-AKTIVITI
PEMANASAN BADAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
1) Senaman Kelonggaran
No comments:
Post a Comment