Hadirkan Diri ke

Friday, May 16, 2014

Amazing Weight Loss Story and The Biggest Loser Tips

AMAZING WEIGHT LOSS STORY

Pada 15 MEI 2014 saya telah diminta untuk menjalankan fast weight loss program. Di mana sasarannya adalah menurunkan berat badan 5kg seminggu. Pada saya ia boleh dilakukan dengan diet dan senaman yang ketat, namun adakah para peserta mampu dari segi ketahanan mental dan fizikal untuk menghadapinya. Sedikit meresahkan.

Setelah itu satu program weight loss dirancang menggunakan beberapa strategi:
  1. Detoxification
  2. 1200 kalori diet/ day
  3. 700-1000 kalori burn exercise/day
  4. Maksimumkan pembakaran lemak

Detoxification adalah penting, untuk membersih dalaman, membuang toksin toksin, 'water retention' dan melawaskan pembuangan air besar. Beberapa jenis herba telah digunakan untuk proses detoxification ini. (untuk mendapatkan herba detoxs ini PM Fb: DIET Sihat dan SUSU Ibu )

Manakala untuk diet, para peserta tidak dibenarkan mengambil gula ringkas. Selain itu makanan yang dicadangkan adalah rendah lemak, tinggi serat dan cukup protein.

Mengurangkan kalori daripada makanan sahaja, tidak begitu membantu dalam proses penurunan berat badan, para peserta diwajibkan melakukan senaman cardio 2 jam sehari. Mereka turut melakukan pelbagai jenis latihan lain.

Disamping itu saya menggunakan beberapa strategi untuk meningkatkan pembakaran lemak secara maksimum, teknik ini dipanggil "Turn Your Body into Fat Burn Machine".



KEPUTUSAN YANG TIDAK DI JANGKA

Kurang daripada tempoh 48jam, para peserta telah berjaya meurunkan berat badan sekitar 2-5kg. Beberapa persoalan bermain di minda... Adakah para peserta kekurangan air. Saya menyertai sesi latihan mereka berikutnya, dan dari pemantauan mereka minum cukup air iaitu 2-3L dalam tempoh 2 jam latihan.

Kesimpulannya, saya agak berpuas hati dengan kombinasi program ini, sasaran saya adalah menurunkan berat mereka 5kg seminggu namun dalam tempoh 2 hari para peserta telah berjaya menurunkan 2-5kg berat badan.

Pemantauan untuk satu minggu akan diteruskan bagi memastikan, kejayaan yang berterusan dan ketahanan mental serta kecergasan dapat dikekalkan pada tahap tinggi Jika anda memerlukan konsultasi saya untuk penurunan berat badan sila PM Fb: DIET Sihat dan SUSU Ibu untuk maklumat lanjut.




No comments:

Post a Comment

Share This