KENALI DIABETIS MELLITUS
-Diabetes adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah
adalah tinggi.
-Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau
fungsi terjejas atau keduanya sekali.
-Insulin merupakan sejenis hormone yang dihasilkan oleh
pancreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah.
JENIS-JENIS DIABETIS
Jenis 1-Diabetes yang bergantung pada Insulin
-Selalunya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
-Disebabkan kekurangan insulin
-Hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin, kawalan
pemakanan dan senaman.
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.
Jenis 2-Diabetes yang tidak bergantung pada insulin.
-Selalunya berlaku di kalangan orang dewasa (40tahun ke
atas) dan individu yang mempunyai berat berlebihan.
-Boleh dikawal dengan pemakanan dan senaman. Atau gabungan
pemakanan. Senaman dan ubat
Jenis 3-Diabetes waktu mengandung
-Keadaan ini adalh sementara.
-Berlaku disebabkan perubahan hormone semasa mengandung.
TANDA-TANDA DIABETES
· Kerap kencing
· Kerap dahaga
· Kehilangan berat badan yang mendadak
· Terasa letih dan lesu
· Mudah terkena jangkitan kulit
· Luka yang lambat sembuh
· Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan
AKIBAT BURUK DIABETES
1) ORGAN PEMBIAKAN
Mati pucuk bagi lelaki
2) KAKI
· Kerosakan saraf
· Kerosakan saluran darah di kaki menyebabkan rasa
kebas dan kurang deria sakit
· Ulser kaki– pemotongan kaki
3) BUAH PINGGANG
Kerosakan buah pinggang
4) OTAK:
Strok atau angin ahmar akibat penyempitan saluran darah di
otak
5) MATA:
· Kebutaan
· Katark
· Glaucoma
· Retinopati
6) JANTUNG:
Serangan sakit jantung akibat penyempitan saluran darah otot
jantung
MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL DALAM KUANTITI SEDIKIT @
DIELAKKAN SAMA SEKALI
· Gula putih
· Madu
· Susu pekat manis
· Glukosa
SUPLEMEN MERAWAT & MENCEGAH DIABETES
Pengambilan Extra Virgin Coconut Oil membantu dalam mencegah
atau mengurangkan gejala diabetes. Ini kerana Extra Virgin Coconut Oil atau
Minyak Kelapa Dara mempunyai rantaian lemak pendek. Yang akan digunakan dengan
pantas untuk penghasilan tenaga. Ini mengurangkan rasa lapar dan “Craving for
Carbohydrate” yang menjadi punca diabetes. Selain itu Minyak Kelapa Dara meningkatkan rembesen insulin.
No comments:
Post a Comment