Ketika saya tengah santai di tepi swimming pool,
menghadap laut china selatan, telefon saya berbunyi, text massage dari seorang
pesakit hypothyroidism.
“ Dulu saya kurus, sekarang selepas menderita
hypothyroid saya menjadi gemok dan rasa lembap… boleh tolong saya kurus”
Sebenarnya hampir semua pesakit hypothyroid mengalami
masalah kenaikkan berat badan mendadak. Kenapa ???
SEBAB-SEBAB
BERAT BADAN NAIK MENDADAK
- 1) Hypothyroid menurunkan paras metabolisma badan anda.
- Jika dulu sewaktu anda rehat dan tidor, badan anda membakar 1200 kalori. Tapi kini ia menjadi 800 kalori sahaja, dalam masa sama anda tidak mengurangkan pengambilan kalori. Maka berat badan meningkat.
- 2) Perubahan kimia otak.
- Mengikut Dr Aronne, bahagian otak hypothalamus menghantar neurotransmitter NPY untuk menyebabkan kita rasa lapar dan ingin makan makanan berkarbohidrat untuk memberi tenaga kepada badan.
- Apabila pengambilan tenaga mencukupi, hypothalamus akan menghantar neurotransmitter serotonin, untuk memberitahu badan anda sudah kenyang.
- Namun system ini berbeza kepada pesakit hypothyroid, sekalipun mereka kurang lapar, hypothalamus masih menghantar signal yang badan kekurangan tenaga. Ini berpunca daripada masalah metabolisma badan yang rendah. Oleh itu mereka makan melebihi keperluan badan.
- 3) Insulin Resistance.
- Hypothyroid menyebabkan insulin resistance. Badan tidak dapat memproses karbohidrat dengan baik. Akibatnya pesakit hypothyroid mengambil lebihan karbohidrat dan menyebabkan paras insulin dalam darah meningkat. Akibatnya, berat badan turut meningkat. Kesan daripada insulin resistance mereka rasa pening, letih dan lapar.
BAGAIMANA MENURUNKAN BERAT BADAN
Sangat
jelas masalah pesakit hypothyroid. Mereka bergelut dgn masalah
Metabolisma
badan yang rendah dan Insulin Resistance.
Oleh
itu cara paling berkesan, mencegah dan menangani masalah berat
badan adalah
“ REDUCE CALORIE INTAKE, EAT LOW FAT, LOW CARBOHYDRATE, SUFFICIENT PROTEIN”
Pesakit
secara tegas perlu mengurangkan pengambilan gula ringkas dan karbohidrat secara
keseluruhan. Contoh makanan yang perlu dikurangkan, pasta, nasi, cereal, mee,
meehoon, kentang, kuih-muih, ice cream, desserts, gula, jagung, tepung, pendek kata apa sahaja yang
mengandungi gula yang banyak. Ini sekaligus mengurangkan pengambilan kalori.
Tingkatkn pengambilan protein dan sayur sayuran serta buah buahan. Anda mungkin kecewa kerana “ Nothing left to Eat ”, tapi percaya lah ini cara terbaik menangani masalah insulin resistance. Kurangkan pengambilan karbohidrat, masalah insulin resistence akan turut berkurang. Dan hasilnya, anda lebih kurus.
SENAMAN
Mahu
atau tidak anda perlu bersenam. Kenapa ??? Ini lah cara paling berkesan dalam
meningkatkan metabolism badan. Jadikan senaman rutin yang menyeronokkan.
Senaman 5x seminggu, 45-60 minit setiap sesi. Anda tidak perlukan senaman yang berat,
berbasikal, berjalan, jogging sudah mencukupi. Walaubagaimanapun, anda perlu
melakukan 2-3x seminggu latihan bebanan bagi membentuk Otot. Lebih banyak otot bermaksud lebih tinggi metabolism badan.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Weightloss mentor
Dietitian Gee
No comments:
Post a Comment