Pergi ke Gymnasium sebagai rutin kehidupan untuk kekal
cergas dan hidup aktif adalah sesuatu yang hebat. Namun untuk first timer
mungkin agak menakutkan, anda tertanya tanya tentang bagaimana menggunakan
mesin latihan, bagaimana jika berlaku kecerderaan dan sebagainya. Jangan risau
Gym adalah tempat yang menyeronokkan.
Jika anda adalah
first timer untuk ke gym,anda harus menyediakandiri anda dengan betul supaya
mendapat kesan terbaik atau impak maksima daripada latihan yang dilakukan, berikut adalah garis panduannya.
PERKARA ASAS KE GIMNASIUM
1) Apa TUJUAN anda ke Gym- Untuk Kuruskan badan ? Untuk kekalkan kesihatan? Untuk bina
badan? Mengetahui tujuan yang hendak dicapai sangat penting dalam menentukan
bentuk latihan yang perlu di lakukan.
2) Waktu gym beroperasi - Pastikan anda mengetahui masa gymnasium
beroperasi. Sangat mengecewakan disaat anda berkobar kobar ingin senaman, bila
tiba didapati gim tutup.
3) Tahu waktu puncak atau peak hour – Jika anda tidak suka
bersesak sesak, dan beratur menunggu penggunaan alatan mesin dalam Gim, ambil
tahu waktu puncak bilamana ramai orang menyerbu gim tersebut. Anda boleh
bertanya receptionist.
4) Dapatkan buddy senaman - Jika anda baru ke gym kadang-kadang
rasa kurang motivasi. Mempunyai teman menjadikannya lebih seronok atau berkenal kenalan dengan otai otai yang
telah lama membuat rutin senaman di sana.
5) Be easy- mulakan dengan mudah, jangan paksa diri anda
terlalu serius. Jika anda tidak biasa, masuk gym cuba cuba dahulu menggunakan
alatan, jika tidak tahu bertanya. Mulakan dengan senaman senaman yang ringan
dahulu.
TINGKATKAN KESELESAAN ANDA
Protocol Gimnasium
Pastikan anda mengetahui protocol Gimnasium untuk memastikan lawatan pertama anda akan berjalan dengan lancar.
Sebagai contoh, sesetengah gimnasium memerlukan kad keahlian Gim.
Elakkan Kecederaan
Pastikan anda tahu serba sedikit pemanasan badan, stretching,
cooling down bagi mengelakkan kecederaan. Belajar menggunakan mesin latihan
dengan betul. Berbuat demikian membantu
anda mencapai hasil yang optimum dan meminimumkan risiko kecederaan.
Bag Gim
Pilih beg sukan dengan banyak poket untuk menyimpan barangan
yang perlu di bawa ke Gim. Letakkan barangan yang anda perlukan sebelum, semasa
dan selepas senaman seperti , baju, tuala kecil, botol air, deodorant dan
recovery snack.
Membawa buku atau muzik kegemaran anda juga bermanfaat
kerana anda boleh menggunakannya semasa bersenam.
Pakai Pakaian Yang Selesa
Berpakaian selesa ke gym adalah sangat penting. Pakai
pakaian yang sesuai dan rasa selesa , bila bersenam kita akan berpeluh dengan
banyak, pastikan pakaian serap peluh. Peluh yg terpercik ke sana sini menganggu
keselesaan orang lain.
Kasut Yang Sesuai
Akhir sekali, memilih kasut yang betul adalah perlu. Jika
anda akan menggunakan treadmill perkara yang paling teruk adalah apabila anda
memakai kasut yang kecil dari saiz anda. Pastikan kasut selesa dan menyerap hentakkan
dengan baik.
No comments:
Post a Comment