Hadirkan Diri ke

Friday, June 19, 2015

10 Tips Kurus Dengan Cepat Semasa Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak... Pagi ini saya ingin menjawab persoalan bagaimana nak Diet during fasting especially during Ramadhan ni. Namun sebelum itu boleh saya ceritakan sedikit, kelebihan menurunkan berat badan semasa berpuasa ??


Semasa berpuasa, selepas sahur badan akan memproses makanan yg dimakan dalam tempoh 3-4jam, semasa ini badan menggunakan glucose sebagai tenaga,kemudiannya badan menggunakan glikogen sebagai tenaga, glikogen tersimpan didalam otot dan hati manusia.

Selepas itu badan menggunakan Lemak sebagai tenaga. Oleh itu potensi untuk menurunkan berat badan semasa berpuasa sangat tinggi. Namun, jika anda makan 2000 kalori semasa berbuka, 1500 kalori semasa sahur...bagaimana nak turunkan berat???

Lemak yang dibentuk lebih banyak daripada yang dibakar...Oleh itu apa yang boleh dilakukan.
  • Kalori counter, ini penting. Buat plan diet anda seminggu sebelum Ramadhan adalah langkah yang tepat. Ambil makanan 1200-1500 kalori sehari semasa ramadhan.

  • Amalkan diet rendah lemak, tinggi serat. Ikan bakar, Ikan singang, sup Ikan bersama dengan Sup sayur dan sesenduk nasi semasa berbuka dan sahur sudah mencukupi, disamping 3 biji kurma dan setengah gelas air manis. 

  • Jika teringinkan kuih, kurangkan jumlah kurma kepada 1 biji, nasi setengah senduk, anda boleh ambil 1-2biji kueh.

  • Jangan lupakan air kosong semasa berbuka. Minum segelas air kosong selepas makan kurma. anda akan cepat kenyang dan tips ini membantu mengurangkan jumlah pengambilan kalori.

  • Solat tarawih sepenuhnya. Solat tarawih bagaikan sukan marathon, yang akan menggunakan semula tenaga yang anda makan ketika berbuka puasa.

  • Selepas solat tarawikh elakkan memakan bubur lambuk(Santan) atau moreh yang berat, Selepas trawikh selalunya kita tidor, makanan berat seperti ini menyebabkan pengumpulan lemak. Anda boleh ambil 2 sudu oat atau 2 sudu muesli, juga boleh diganti dgn 2 keping biskut high fiber.

  • Pastikan anda minum air kosong secukupnya dimalam hari bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

  • Pada jam 5-7 petang ketika orang lain sibuk ke bazar ramadhan, ambil peluang ini ke gimnasium. Senaman 40-60 minit ( 5 minit pemanasan badan, 25-30 minit aerobik, 5-10 minit latihan bebanan yang ringan ringan, 5 minit cool down). Anda pasti terkejut dengan hasil aktiviti ini. Pada waktu ini badan sedang menggunakan lemak sebagai tenaga, latihan anda meningkatkan lagi pembakaran lemak, sekaligus menurunkan berat badan dengan hebat.


  • Amalkan detox sepanjang Ramadhan utk membantu menurunkan berat badan dengan cepat, Contoh detox yg boleh di lakukan... Rendam Green tea dalam air panas, potong buah buahan citrus seperti Lemon, Limau nipis, Limau Kasturi, Nenas,asam keping, masukkan ke dalam bekas, masukkan air Green tea yang sudah suam, letakkan sedikit madu dan tambah air kosong sehingga mencukupi. Simpan didalam peti sejuk, minum  segelas kecil sebelum tidor. 

G
Gambar Hiasan

Itu sahaja tips dari saya.... Selamat Beramal.








No comments:

Post a Comment

Share This