Hadirkan Diri ke

Monday, November 17, 2014

4 Langkah Mudah Turunkan 10kg Berat Badan Dalam Masa 1 Bulan

Menambah berat, sama juga seperti menurunkan berat badan...semuanya adalah tentang kalori. Sifirnya mudah Kurangkan kalori = kurangkan Berat. Berapa banyak kalori yang perlu dibakar untuk menurunkan 1kg berat badan ??? Tahu....

Tak banyak untuk mengurangkan 1 kg berat badan, anda hanya perlu membakar 7700 kalori, woo hooo. So apakah 1kg berat badan, boleh dikurangkan dlm masa sehari ??? Selalunya jika ia berlaku dlm sehari... anda kehilangan air sebenarnya bukan lemak.

Penulis

4 Lagkah Mudah Untuk Turunkan Berat Badan dengan Berjaya :

1) Darab berat badan anda dgn 20-25 kalori. 

Contoh 60kg x 20-25 kalori = 1200-1500 kalori.

Itu lah jumlah kalori yang perlu anda ambil untuk kurangkan berat. Jika selalunya keperluan kalori harian anda 2500 kalori sehari, sekarang anda telah mengurangkan pengambilan kalori 1000-1200 kalori sehari. Seminggu anda telah mengurangkan 8,400-10, 500 kalori. So berapa banyak berat yang telah berjaya di turunkan seminggu ???

2) Seterusnya 1200-1500 kalori bersamaan makanan apa ??

Anda kena tahu kalori makanan baru lah, jumlah pengambilan tidak melebihi daripada target yang telah di tentukan.

Secara amnya 1 sudu gula = 60 kalori, setengah cawan nasi, meehoon,mee, spagheti = 75 kalori, seekor ikan kembong sederhana = 70 kalori, secawan susu rendah lemak = 125 kalori, 1 sudu kecil minyak, mayonis, butter, margerin =  45 kalori.

3) Bahagikan 1200- 1500 kalori kepada waktu makan anda.

Contoh sarapan pagi 300 kalori,makan tengahari =  500 kalori, makan malam = 400 kalori. Dan tulis apakah menunya sekali yea.

4) Jadualkan waktu senaman anda. 

Untuk turunkan berat anda perlu bersenam 5 x seminggu, 45-60 minit setiap sesi. Contoh senaman aerobic yang bagus adalah seperti joging, berbasikal, menari, berjalan cepat, swimming. Jangan lupa masukkan sekali sesi latihan bebanan dalam regime senaman anda, 2-3 x seminggu.

Dengan senaman anda akan lebih mudah turunkan berat badan.

Tak percaya ??? Jom kira...Contoh anda membakar 500 kalori setiap kali bersenam. Dalam seminggu anda bersenam 5x. Oleh itu jumlah keseluruhan kalori yang telah di bakar melalui senaman dalam masa  seminggu adalah 2500 kalori.

Maka jika tadi anda telah mengurangkan 10 500 kalori dari makanan dalam tempoh seminggu, tambah dengan kalori yang dibakar melalui senaman = 13 000 kalori. Woww anda hampir mengurangkan 2kg berat lemak seminggu.

Dalam sebulan jika anda berdisiplin, berat badan anda akan berkurang sebanyak 5-10kg.

Sudah jelasss ??? Mudah bukan langkah-langkah untuk menurunkan berat badan, cuma tinggal usahanya sahaja.

Selamat Kuruskan badan

Dietitian Gee
Weight Loss mentor


1 comment:

Share This