Hadirkan Diri ke

Sunday, November 16, 2014

Kenapa Sibuk Sangat Nak Kurus, Penting kah ???

Cuba tanya pada diri kenapa sibuk sangat nak kuruss??? Jika jawapan yang ada hanyalah nak turunkan berat badan semata mata, potensi untuk kurus adalah tipis.


Ini kerana otak ciptaan tuhan lebih cerdik dari yang di sangka kan, subconscious mind manusia akan melihat idea menguruskan badan semata mata sebagai satu ancaman. Subconcious mind sudah terlalu selesa dengan kehidupan sekarang, makanan yang sedap-sedap dan tiba -tiba anda ingin kuruskan badan. Ia akan meningkatkan rasa lapar, nafsu makan dan anda akan gagal.

Naytakan misi anda untuk kurus secara jelas dan tuliskan, contoh:
  1. Saya benci bentuk badan yang buruk ini. Perut yang mengelebeh, peha yang bergesel dan hitam di celah-celah, serta barbau hamis.
  2. Saya rasa rendah diri, saya perlu kurus untuk rasa lebih yakin berhadapan dengan sesiapa pun.
  3. Saya cemburu melihat, betapa cantiknya wanita-wanita kurus mengenakan dress, tapi apabila saya pakai, kelihatan seperti mengandung 6 bulan.
  4. Saya ingin tampil cantik dan menggoda dihadapan suami. 2 piece bukan pakaian yang memalukan lagi.
Misi anda untuk kurus perlu ada 2 jenis. Satu jangka masa panjang dan satu lagi jangka masa pendek. 
  • Contoh Jangka masa panjang: saya ingin turunkan 20kg berat badan dalam masa 5 bulan
  • Contoh jangka masa Pendek: saya ingin turunkan berat badan 1kg seminggu.
Misi kurus yang anda tulis, sila tampal ditempat selalu anda pandang, baca dan bayangkan betapa jijiknya gemuk. Contoh bayangkan :
  1. Suami hialng selera dengan badan anda yang mengelebeh dan berbau. Eeuuu dan mula bermata belalang memandang perempuan cantik di luar sana.
  2. Ketika malam dinner Alumni, anda tiada pakaian yang bersesuaian, disebabkan badan yang gemok... anda kelihatan hodoh dalam apa sahaja baju yang dipakai. hadooiii
Bayangkan jika anda berjaya turunkan 10kg berat badan, bentuk muka yang lebih runcing, tangan yang gemalai, kaki yang cantik, anda kelihatan anggun sekali tanpa selulit dan perut buncit. Wahhh hebatnya !!!  Yaa ituu lah anda dalam masa 2 bulan lagi jika anda berusaha menulis Misi anda hari ini dan bekerja keras mencapainya.


Minda dan otak anda akan lebih jelas, mula memahami impian anda dan bekerjasama menurunkan berat badan. Seperti mengurangkan rasa lapar, meningkatkan waspada di saat anda berhadapan makanan yang sedap-sedap. dan memberitahu yang anda sangat buruk bila gemok.

Selamat Membuat Visi dan Misi. Jika tak kesah boleh kongsikan visi dan misi anda dibawah (komen).


1 comment:

  1. matlamat saya adalah untuk mengecilkan saiz baju tanpa menampakkan bentuk badan yang huduh berbenjol disana sini..dan saya teringin memakai dress yang bersaiz badan normal. saya benci dipanggil gemuk

    ReplyDelete

Share This