Hadirkan Diri ke

Friday, March 13, 2015

7 Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Diet yang Ketat dan Tanpa Rutin Senaman Khusus


Assalamualaikum…

Sekian lama saya menyepi tidak menulis, rindu benar tapi dek dikejar kesibukkan seharian tak berkesempatan. Sepatutnya saya menimbang berat setiap Isnin, tapi asyik lupa…sehinggalah saya mula menyedari baju-baju bersaiz L terlalu longgar untuk di pakai dan tidak selesa kerana mengelebeh. Saya mula pin kan tudung yang hanya perlu disarung sahaja sebelum ini. “Turun beratkah aku ???”

Timbang berat pagi ni… wallaa saya daa terkuruss 7kg. Not a big number. Tapi oleh kerana saya kurang peka tentang diet dan tidak ada rutin senaman khusus…maka turun 7kg suatu angka yang mengkagumkan.

Mesti ada yang tertanya … So macam mana boleh kuruss. Sebelum saya kongsikan tips-tipsnya jom kita berkenalan. Jika tak kenal maka tak cinta bukan ??? Ha ha… poyoss

Secara ringkasnya saya Gee, pada usia remaja saya sangat gemuk berat around 90kg. Kemudiannya saya menyambung pelajaran dalam bidang dietitian (pakar pemakanan) dan berjaya menurunkan berat badan 44-55kg. Selepas berkahwin, saya mengandung dan gemuk kembali. Setiap kali mengandung berat saya akan naik 80-85kg. Selalunya selepas bersalin saya turun berat, namun apabila kembali bekerja sebagai Sport Dietitian berat badan naik semula 60-70kg.

TIP-TIP BAGAIMANA SAYA TURUNKAN BERAT :

1) Pada hujung tahun lepas 2014, saya bercadang untuk kembali kurus. Secara purata sehingga ke saat ini saya turun berat 2kg sebulan atau 0.5kg seminggu. Meh saya share kan tips-tipsnya.

Ingat lagi penulisan saya yg dahulu, berkenaan Misi Untuk Kurus. Ada sesiapa yang menulis objektif anda untuk kuruss ???

Saya menulis 10 sebab kenapa saya perlu kuruss untuk mempengaruhi minda separa sedar untuk berkompromi menguruskan badan saya yang gempal. Kuruss ditafsirkan otak sebagai satu ancaman kerana kita akan paksa diri diet dan senaman. Oleh itu kita mungkin gagal untuk kurus.

Apabila otak diberitahu, sebab-sebab kenapa anda perlu kurus maka dia mula bekerjasama. Baca objektif anda setiap hari 2x sehari.

Sebab paling utama mengapa saya perlu kurus ialah, suami memberitahu yang dia sukar mengangkat saya kerana sudah berat. Dia juga memberitahu yang saya perlu turunkan berat kerana bentuk badan shapenya entah ke mana ha ha.

Selain itu saya turut mengendalikan program program utuk kuruskan badan. Siapa yang nak percaya cakap orang gemuk bukan.

Diantara sebab lain, saya perlu menjadi contoh kepada anak-anak untuk hidup dengan diet yang seimbang, hidup yang aktif dan penampilan yang menarik

2) Perkara kedua, ialah menyediakan jadual diet 1200-1500 kalori. .. tapi at the end saya tak ikut sangat. Kerana nafsu makan ni eemmm…Cuma saya maintainkan pengambilan kalori dalam jumlah 1200-1500 kalori tersebut.

Contoh… dlm menu sepatutnya saya makan setengah senduk nasi, seketul ayam dan semangkuk sayur. Namun akhirnya ia menjadi 1-2 sudu nasi, seketul ayam, semangkuk sayur dan sebiji donat ha ha.

[ untuk mengetahui kalori makanan KLIK ]
[ 4 langkah turunkan berat badan KLIK ]

3) Ini adalah FAKTOR utama saya kuruss… baca dengan teliti

Jika sebelum ini saya menurunkan berat dengan pergi ke gymnasium, sekarang ini agak sukar untuk saya access ke gymnasium kerana tinggal berjauhan.

Mahu atau tidak hendak kurus kita perlu bersenam. Oleh itu saya telah menetapkan matlamat saya akan burn kalori dengan membuat kerja rumah bersungguh sungguh.  Sehingga kan ada orang yang bertandang cakap, kemasnya rumah ni, macam tak ada anak kecik.

a) Ini kerjanya, setiap hari saya akan menyapu sampah 3-4x sehari, mop lantai 1-2x sehari, lap habuk-habuk di cabinet dan perabut, basuh pinggan mangkuk (biar tak ada pinggan mangkuk kotor dlm singki ), susun atur rumah dengan kemas, pastikan bilik-bilik tidur di susun kemas setiap masa (target saya nampak macam bilik hotel each time saya masuk bilik tidur), basuh baju, lipat baju, petang dalam jam 6 petang berkebun dan mencangkul.

b) Saya bahagi bahagikan kerja ada yang dilakukan sebelah pagi, sebelah petang dan sebelah malam.

c) Bila saja bangun tidur seawal 5 pagi, saya mula meninjau sekitar rumah untuk mengemas, menyapu dan mop lantai, sebelum menyediakan sarapan dan membangunkan anak anak ke sekolah. Kenapa tidap sarapan dahulu??

d) Bila kita tidor panjang, pabila terjaga badan berada dalam fasting state dan menggunakan lemak sebagai tenaga. Oleh itu bila kita bekerja dahulu sebelum sarapan, maka badan akan terus menggunakan lemak sebagai tenaga.

e) Apatah lagi, pada waktu 6-8 pagi, paras hormone cortisol tinggi. Hormon ini menggalakkan badan membakar lemak sebagai tenaga.

f) Sudahlah anda dalam fasting state, hormone cortisol tinggi…so super duper bakar lemak.

4) Itu sahaja rahsianya, setiap kali saya terasa terlebih makan. 2 jam kemudian saya akan banyak melakukan kerja, apa-apa sahaja kerja yang boleh membakar tenaga. Ini kerana 2 jam selepas makan, makanan mula dicerna dan diserap kedalam badan. Apabila anda melakukan kerja bersungguh sungguh, makanan yang dicerna itu digunakan untuk membakar kalori lalu tidak diserap ke dalam badan.

5) Selain itu saya mengamalkan minum tea detoxs 1-2 kali seminggu. Untuk membersihkan system usus dan toksik toksik dalam badan. Tea ini tidak sangat sangat membantu menguruskan badanv selagi anda tidak berdiet dan senaman.

6) Jika teringatkan minyak ikan saya akan ambil 2-3 kapsul. Minyak ikan yang kaya omega 3 membantu meningkatkan metabolism badan. Selain itu saya mengamalkan minum sesudu kecil minyak kelapa dara asli setiap hari. Ini kerana minyak kelapa dara yg mengandungi chain lemak yang ringkas dan mudah dibakar mengurangkan “ craving for sugar”.

7) Seringkali saya mop lantai tanpa menggunakan mop. Saya menggunakan tuala kecil yang dibasahkan dengan pencuci dan merangkak di atas lantai sambil membersihkan kotoran. Kenapa begitu sekali ??? Saya ingin mengecilkan peha, pergerakkan merangkak menggunakan otot peha dan membentuk otot gluteus (otot bontot).

Nanti saya menulis lagi yaa, semoga kuruss you oollss semua. Selamat Mencuba tip-tips ini.

Terima Kasih kerana sudi membaca. Kalau sudi sign as follower, boleh terus saya kongsikan maklumat untuk kebaikkan kita bersama ;)

5 comments:

  1. hello, saya suka blog saudari kerana sikap positif puan,

    ReplyDelete
  2. best ar...nak cuba la nnt..tq for sharing..me also dont hve time to go to gym..but at lest after reading your blog it gave some ideas to be slim..thanks

    ReplyDelete
  3. best ar...nak cuba la nnt..tq for sharing..me also dont hve time to go to gym..but at lest after reading your blog it gave some ideas to be slim..thanks

    ReplyDelete
  4. bgaimana eh kalau sya pljar asrama skolah pgi dn blik tghari..pda wktu malam psti kmi akn brasa klaparan..jdi kmi akn mkn sbngkus nasi.dn itu mnyebbkn brat bdan kmi mningkt..hrap puan dpt mmberi pndgan tntg msalah kmi ini..

    ReplyDelete
  5. Kuantiti makanan yang kita makan tu kene kawal kalau nak kurus. Ramai orang malaysia ingat kuantiti yang diorang makan tu normal padahal terlebih. Boleh bace kat sado street psal cara makan untuk diet.

    ReplyDelete

Share This