Hadirkan Diri ke

Sunday, October 19, 2014

Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Bukan mudah untuk kempiskan perut selepas bersalin, terutamanya ibu-ibu yang melahirkan bayi yang bersaiz besar. Perut menjadi buncit, menggelebeh dan penuh selulit. Ituu lah antara pengorbanan seorang ibu. Bukan mudah untuk dihadapi, memandangkan wanita secara semulajadi suka kan kecantikkan.


Bagaimana mahu kempiskan perut selepas bersalin. sebenarnya wanita selepas bersalin mudah menurunkan berat badan. Berikut adalah tips-tips berguna untuk kempiskan perut selepas bersalin

1) Jaga pemakanan dalam pantang. Jangan ambil karbohidrat secara berlebihan. Ketika berpantang anda lebih banyak berehat dan kurang aktif. Pengambilan karbohidrat berlebihan menyebabkan pembakaran lemak berkurang dan menggalakkan pengumpulan lemak since karbohidrat berlebihan di tukarkan kepada lemak.

2) Tingkatkan pengambilan protein seperti ikan memandangkan anda sedang menyusu dan dalam proses penyembuhan dari luka bersalin. Protein tidak menyebabkan gemuk malah membantu membakar lebih kalori. Protein membantu proses penyembuhan berlaku lebih cepat.

3) Jangan tinggalkan sayur sayuran dan buah buahan. Sayur sayuran dan buah buahan menyebabkan anda rasa kenyang lebih lama, selain itu ia membekalkan pelbagai vitamin kepada badan dan disalurkan melalui susu ibu kepada bayi.

4) Penyusuan Susu Ibu. Ini adalah kaedah paling berkesan. Penyusuan susu ibu secara eklusif membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Secara purata berat berkurang 0.5kg seminggu.

5) Amalan tradisional jangan di lupakan. Bertungku, Berbenkung, sapukan perut dengan perahan Limau nipis , yang dicampur kunyit dan kapur sireh. Minum air halia dan sebagainya. Amalan traditional berkesan dalam memastikan badan pulih, cantik seperti biasa.

6) Selepas 2 minggu  bersalin, anda boleh melakukan senaman ringan seperti Sit Up ringan, Kempiskan perut ke dalam sambil menahan nafas (posisi berdiri). Selepas sebulan anda boleh melakukan senaman -senaman kempiskan perut seperti dibawah, kecuali yang no. 2 sedikit agresif.



7) Elakkan minuman ais dan sejuk. Ini kerana kadar penyerapan air sejuk dan ais adalah lebih cepat dan banyak ke dalam sistem badan. Pada masa sama anda kurang mengeluarkan peluh. Ini menjadikan anda buncit dan mengelebeh.

8) Sapu kan perut dengan minyak kelapa dara. "Superfoods" ini mengandungi banyak manfaat kepada kecantikkan kulit. Minyak Kelapa dara membantu hilangkan kekedutan, parut, selulit dan strecthmark. Dapatkan minyak kelapa dara asli yang bermutu tinggi. Salah satu brand Minyak kelapa dara yang boleh dipercayai adalah EV keluaran Gee Alam Nusantara [ KLIK SINI ]

No comments:

Post a Comment

Share This