Hadirkan Diri ke

Tuesday, December 16, 2014

7 Cara Mudah Menjimatkan Pengambilan Kalori

Assalamualaikum, sekian lama saya tidak menulis apa-apa di sini, bagaimana perkembangan program menurunkan berat badan anda, saya pasti keputusannya positif sekali, menurunkan 0.5kg pun satu kejayaan kecil yang perlu di raikan.

Di antara masalah utama yang menjadi ujian besar kepada orang yang ingin menurunkan berat badan adalah agak sukar untuk mengawal pengambilan kalori. Contohnya kawan membawa goreng pisang untuk minum petang, sepatutnya anda hanya ambil 2 keping sahaja, tersedap pula maka jadinya tertelan 4-6 keping. Siapa yang susah hati nanti ???

Oleh itu, pelajari 7 cara mudah menjimatkan pengambilan kalori ini

1) Elak kalori dari minuman, ini sahaja menjimatkan 200-400 kalori sehari. Air kosong mungkin tiada rasa, namun ia lebih baik untuk badan kita


2) Ambil nasi putih sahaja. Nasi berperisa pastinya mempunyai kalori yang lebih kerana ia perlu di masak dengan santan, minyak dan sebagainya.

3) Tambah pengambilan protein. Proses pencernaan protein membakar lebih kalori berbanding karbohidrat.. Namun protein berlebihan membebankan buah pingang. Hati hati jangan terlebih sangat.

4) Minum separuh. Kadang-kadang persekitran anda kurang menyokong . Kawan mungkin mengejek bila anda hanya minum air kosong. Isteri mungkin kecik hati apabila anda tidak minum tea dibancuhnya. So minum separuh cawan. Ini menjimatkan banyak kalori.

5) Gigitan Separuh. Kadang-kadang anda perlu menghadiri program di hotel atau di mana sahaja yang menyediakan desserts yang sedap-sedap. Adalah sukar untuk menolaknya secara total. Oleh itu rasalah sedikit sahaja, cukuplah segigit, oleh itu anda boleh menggigit beberapa jenis desserts tanpa perlu rasa  menyesal.Walaubagaimanapun ia tetap menyumbang kalori. Oleh itu hati-hati

6) Don't finish Everything on your plate. Anda dan saya mungkin telah dibesarkan dgn budaya perlu melicinkan pinggan. Kita ditakutkan dengan nasi yang menangis jika dibuang dan sebagainya. Sehinggalah saya belajar not to finish everything on your plate, program kurus menjadi lebih mudah. Jika kedengaran membazir adalah lebih baik anda sentiasa pastikan saiz makanan adalah cukup-cukup sahaja untuk anda.



7) Lebihkan sayur. Satu mangkuk besar sayur hanya mengandungi ~ 25 kalori. Anda bukan sahaja kenyang lama dalam masa sama menjimatkan kalori. Sentiasa lebihkan pengambilan sayur, ia membantu menurunkan paras kolesterol, gula dan menyelesaikan masalah sembelit.

Kurus tidak berlaku dalam sehari. Oleh itu belajar menyesuaikan diri. Perubahan memang sukar namun anda boleh menghadapinya dengan baik. Sungguh Slim menampakkan anda lebih cantik dan sihat. Berikan peluang kepada diri anda untuk kurus.Selamat berjaya ;)




Weight Loss Mentor
Dietitian Gee

No comments:

Post a Comment

Share This