Hadirkan Diri ke

Tuesday, May 20, 2014

Pentingnya Melakukan 'Cooling Down' dalam Senaman

Bila kita bersenam ada 3 fasa kan. 1) Pemanasan Badan 2) aerobik & latihan bebanan 3) Penyejukkan badan atau dalam bahasa inggerisnya Cooling Down.

Fasa cooling down dilakukan di akhir senaman. Aktiviti senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ini akan memberikan kesan dan risiko kesakitan kepada otot dan badan keseluruhannya. Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat.

Jika senaman dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh asid laktik yang terkumpul dalam otot.

Kepentingan fasa menyejukkan badan

a) Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
b) Menjajar semula otot-otot.
c) Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
d) Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
e) Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.

f) Mententeram atau merelakskan anda. 

Berikut adalah contoh contoh melakukan cooling down, biasanya ia di mulakan dari bawah tubuh ke atas.


No comments:

Post a Comment

Share This