Hadirkan Diri ke

Thursday, March 6, 2014

Weight Loss Program Agro Resort Semuji


Alhamdulillah...  Saya dan Physical Trainer En. Hafiz telah dijemput untuk menjayakan Program Pemeriksaan Kesihatan, Jom Kuruskan Badan dan Kecergasan oleh Agro Resort Semuji. Saya bertangungjawap untuk menjayakan Slot Jom Kuruskan Badan, manakala En. Hafiz menjayakan Slot Kecergasan dan yg menariknya untuk Pemeriksaan Kesihatan  pihak penganjur telah menjemput En. Amin Husaini Medic dari Kenchana Petroleum.

Agro Resort Semuji
Ini bukan lah program pertama saya dlm Kempen Kesihatan & Pengurusan Berat Badan, namun ini adalah julung kalinya saya digabungkan dgn Suami En. Amin Husaini untuk menjayakan program yang sama... waa sangat teruja, so energize, positive and in Happy mode bila En. Suami ada... Program tersebut telah dihadiri oleh 30 orang peserta, bertempat di Dewan Utama Agro Resort Semuji, dipengerusikan oleh Pengurus Besar Agro Resort Semuji, Cik Salmah yang cantik dan baik hati.

AKTIVITI-AKTIVITI yg dijalankan:

- Pemeriksaan Tekanan Darah
- Pemeriksaan Paras Kolesterol
- Pemeriksaan Gula dalam Darah
- Pemeriksaan BMI
- Ceramah Kuruskan Badan dan Diet untuk Penyakit Kronik
- Aktiviti Kecergasan
- Dan sesi Soal jawap

Pemeriksaan Kesihatan Oleh Medic En. Amin Husaini
Setelah Pemeriksaan Kesihatan tamat, kami sempat membuat analisis tahap kesihatan para peserta, dan hubung kaitnya dgn jenis pekerjaan, aktiviti harian, dan genetik keluarga. Kami mendapati... pekerja diladang mempunyai paras kolesterol yang jauh lebih baik daripada pekerja di pejabat, namun pekerja diladang mempunyai tekanan darah tinggi berbanding peserta yang bekerja di pejabat, manakala those who come from family yang ada diabetes, mempunyai bacaan gula dalam darah yg lebih tinggi.

Untuk program Jom Kuruskan Badan, saya menyentuh berkenaan... peningkatan jumlah obesiti di kalangan penduduk malaysia, statistik, punca, akibat dan Langkah Langkah untuk menurunkan berat badan, menentukan target untuk menurunkan berat badan secara realistik, keperluan kalori, berapa banyak kalori yg perlu dibakar untuk menurunkan berat 1kg/seminggu, 10 makanan yg haram di makan jika nak kurus dan sebagainya sehinggalah Diet Therapy untuk penyakit penyakit kronik.

En. Hafiz Physical Trainer
Untuk program Kecergasan En Hafiz telah mengajar para peserta pelbagai teknik senaman, streching dan sebagainya. Sungguh seronok melihat gelagat para peserta yang turut sama melakukan senaman, memang sporting habiss, gugur lemak lemak di badan. Pendek kata, program ini telah berjalan dengan lancar dan amat menyeronokkan, para peserta melibatkan diri dengan aktif, dan paling penting semua peserta pulang dgn mengetahui status kesihatan masing masing, dan dengan ilmu yang diberi diharap dapat meningkatkan taraf kesihatan masing masing.

Pertama kalinya digabungkan bersama.
Jumpa Lagi di PROGRAM THE BIGGEST LOSER nanti :). Terima Kasih juga kepada Cik Salmah kerana memberi percutian percuma.

1 comment:

Share This