Hadirkan Diri ke

Wednesday, May 21, 2014

Diet Intermittent Fasting Berkait Rapat Dengan Agama Islam

Intermittent Fasting (IF) adalah diet yang mempunyai kitaran tempoh berpuasa dan tidak berpuasa.  Ada yang melakukannya selang sehari, ada yang berpuasa selama 8-12 jam sehari. Objektif utama intermittent fasting adalah untuk mengurangkan pengambilan kalori untuk menurunkan berat badan.

Beberapa kajian mendapati Intermittent Fasting memberi kesan yang baik kepada kesihatan dan memanjangkan jangka hayat hidup manusia. Namun jika focus utama kita adalah untuk menurunkan berat badan, bergantung kepada intermittent fasting sahaja mengambil masa yang lama.



Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan, intermittent fasting (berpuasa selang sehari) mengurangkan 2.5% +5 berat badan dalam tempoh 22 hari dalam lain perkataan menurunkan berat badan 2 kg sebulan. Cadangan saya jika anda ingin kurus, kurangkan berat badan sekurang kurangnya 1kg seminggu atau 4kg sebulan.

Oleh itu jika anda ingin menurunkan berat badan terdapat banyak cara yang berkesan, salah satunya dengan kombinasi ini :

Diet + Senaman+ Intermittent fasting

Jika anda beragama Islam, afdhal sekiranya anda mengamalkan puasa setiap hari Isnin dan khamis. Anda bukan sahaja menurunkan berat badan, malah mendapat pahala dan keberkatan disisi  agama islam.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi) 

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah SAW tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda SAW menjawab  dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)



No comments:

Post a Comment

Share This