Hadirkan Diri ke

Sunday, November 16, 2014

Hypothyroid: Punca Gemok dan Bagaimana Kuruskan Badan


Ketika saya tengah santai di tepi swimming pool, menghadap laut china selatan, telefon saya berbunyi, text massage dari seorang pesakit hypothyroidism.

“ Dulu saya kurus, sekarang selepas menderita hypothyroid saya menjadi gemok dan rasa lembap… boleh tolong saya kurus”

Sebenarnya hampir semua pesakit hypothyroid mengalami masalah kenaikkan berat badan mendadak. Kenapa ???

SEBAB-SEBAB BERAT BADAN NAIK MENDADAK



  • 1)  Hypothyroid menurunkan paras metabolisma badan anda. 
  • Jika dulu sewaktu anda rehat dan tidor, badan anda membakar 1200 kalori. Tapi kini ia menjadi 800 kalori sahaja, dalam masa sama anda tidak mengurangkan pengambilan kalori. Maka berat badan meningkat.
  • 2)  Perubahan kimia otak. 
  • Mengikut Dr Aronne, bahagian otak hypothalamus menghantar neurotransmitter NPY untuk menyebabkan kita rasa lapar dan ingin makan makanan berkarbohidrat untuk memberi tenaga kepada badan.
  •  Apabila pengambilan tenaga mencukupi, hypothalamus akan menghantar neurotransmitter serotonin, untuk memberitahu badan anda sudah kenyang.
  • Namun system ini berbeza kepada pesakit hypothyroid, sekalipun mereka kurang lapar, hypothalamus masih menghantar signal yang badan kekurangan tenaga. Ini berpunca daripada masalah metabolisma badan yang rendah. Oleh itu mereka makan melebihi keperluan badan.
  • 3)  Insulin Resistance. 
  • Hypothyroid menyebabkan insulin resistance. Badan tidak dapat memproses karbohidrat dengan baik. Akibatnya pesakit hypothyroid mengambil lebihan karbohidrat dan menyebabkan paras insulin dalam darah meningkat. Akibatnya,  berat badan turut meningkat. Kesan daripada insulin resistance mereka rasa pening, letih dan lapar.

BAGAIMANA MENURUNKAN BERAT BADAN

Sangat jelas masalah pesakit hypothyroid. Mereka bergelut dgn masalah 
Metabolisma badan yang rendah dan Insulin Resistance.

Oleh itu cara paling berkesan, mencegah dan menangani masalah berat 
badan adalah

“ REDUCE CALORIE INTAKE, EAT LOW FAT, LOW CARBOHYDRATE, SUFFICIENT PROTEIN”

Pesakit secara tegas perlu mengurangkan pengambilan gula ringkas dan karbohidrat secara keseluruhan. Contoh makanan yang perlu dikurangkan, pasta, nasi, cereal, mee, meehoon, kentang, kuih-muih, ice cream, desserts, gula, jagung, tepung, pendek kata apa sahaja yang mengandungi gula yang banyak. Ini sekaligus mengurangkan pengambilan kalori.

Tingkatkn pengambilan protein dan sayur sayuran serta buah buahan. Anda mungkin kecewa kerana “ Nothing left to Eat ”, tapi percaya lah ini cara terbaik menangani masalah insulin resistance. Kurangkan pengambilan karbohidrat, masalah insulin resistence akan turut berkurang. Dan hasilnya, anda lebih kurus.

SENAMAN

Mahu atau tidak anda perlu bersenam. Kenapa ??? Ini lah cara paling berkesan dalam meningkatkan metabolism badan. Jadikan senaman rutin yang menyeronokkan. Senaman 5x seminggu, 45-60 minit setiap sesi. Anda tidak perlukan senaman yang berat, berbasikal, berjalan, jogging sudah mencukupi. Walaubagaimanapun, anda perlu melakukan 2-3x seminggu latihan bebanan bagi membentuk Otot. Lebih banyak otot bermaksud lebih tinggi metabolism badan.


Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Weightloss mentor
Dietitian Gee


No comments:

Post a Comment

Share This