Hadirkan Diri ke

Wednesday, October 22, 2014

Kenali Diabetes Mellitus


KENALI  DIABETIS MELLITUS

-Diabetes adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi.
-Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsi terjejas atau keduanya sekali.
-Insulin merupakan sejenis hormone yang dihasilkan oleh pancreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah.



JENIS-JENIS DIABETIS

Jenis 1-Diabetes yang bergantung pada Insulin
-Selalunya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
-Disebabkan kekurangan insulin
-Hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.

Jenis 2-Diabetes yang tidak bergantung pada   insulin.
-Selalunya berlaku di kalangan orang dewasa (40tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat berlebihan.
-Boleh dikawal dengan pemakanan dan senaman. Atau gabungan pemakanan. Senaman dan ubat

Jenis 3-Diabetes waktu mengandung
-Keadaan ini adalh sementara.
-Berlaku disebabkan perubahan hormone        semasa mengandung.


TANDA-TANDA DIABETES

· Kerap kencing
· Kerap dahaga
· Kehilangan berat badan yang mendadak
· Terasa letih dan lesu
· Mudah terkena jangkitan kulit
· Luka yang lambat sembuh
· Gatal-gatal terutama di         bahagian kemaluan

AKIBAT BURUK DIABETES

1) ORGAN PEMBIAKAN
Mati pucuk bagi lelaki

2) KAKI
· Kerosakan saraf
· Kerosakan saluran darah di kaki menyebabkan rasa kebas dan kurang deria sakit
· Ulser kaki– pemotongan kaki

3) BUAH PINGGANG
Kerosakan buah pinggang

4) OTAK:
Strok atau angin ahmar akibat penyempitan saluran darah di otak

5) MATA:
· Kebutaan
· Katark
· Glaucoma
· Retinopati

6) JANTUNG:
Serangan sakit jantung akibat penyempitan saluran darah otot jantung


MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL DALAM KUANTITI SEDIKIT @ DIELAKKAN SAMA SEKALI

· Gula putih
· Madu
· Susu pekat manis
· Glukosa

SUPLEMEN MERAWAT & MENCEGAH DIABETES

Pengambilan Extra Virgin Coconut Oil membantu dalam mencegah atau mengurangkan gejala diabetes. Ini kerana Extra Virgin Coconut Oil atau Minyak Kelapa Dara mempunyai rantaian lemak pendek. Yang akan digunakan dengan pantas untuk penghasilan tenaga. Ini mengurangkan rasa lapar dan “Craving for Carbohydrate” yang menjadi punca diabetes. Selain itu Minyak Kelapa Dara meningkatkan rembesen insulin.


Salah satu brand Minyak Kelapa Dara yang boleh dipercayai adalah Minyak Kelapa Dara EV Extra Virgin keluaran Gee Alma Nusantara. Mere ka menghasilkan Extra Virgin Coconut Oil tanpa menggunakan haba. Penggunaan haba boleh mengurangkan kebaikkan minyak tersebut. Maklumat Lanjut KLIK SINI


No comments:

Post a Comment

Share This